LinoGreen ditubuhkan dengan matlamat untuk membantu keadaan kesihatan secara menyeluruh dan kesejahteraan awam. Kami memberikan perhatian yang khusus mengenai isu kesihatan yang membimbangkan komuniti dan komited dalam membangunkan jalan alternatif bagi membantu meminimumkan potensi risiko kesihatan dalam jangka masa yang panjang.
Lino berasal daripada perkataan Asid Linolenik, Omega 3 berasaskan tumbuhan yang mempunyai potensi yang tinggi terutamanya sifat anti keradangan. Perkataan Green pula merujuk kepada filosofi kami terhadap konsep semulajadi
Kesihatan yang baik amatlah penting dalam memastikan keadaan fizikal dan mental berada pada tahap yang memuaskan. Ia dapat membantu kita untuk kekal fokus dalam melakukan aktiviti harian dan membantu dalam mencegah sesuatu keadaan penyakit serta jangkitan. Setiap insan berhak untuk menjalani kehidupan yang bahagia.
Pada umur 17 tahun, beliau disahkan menghidap penyakit buah pinggang disebabkan oleh sindrom autoimun, iaitu Sistematik Lupus Eritematosus (SLE). Menjelang umur 39 tahun, beliau menjalani pemindahan buah pinggang yang pertama selepas setahun menjalani dialiasis. Pada tahun 2016, sejurus selepas menjalani prosedur angioplasti, keadaan buah pinggangnya kembali merosot. Meskipun berasa hampir putus asa dan impian musnah, beliau tidak mengalah dan membuat keputusan untuk menjalani pemindahan buah pinggang untuk kali yang kedua pada tahun 2017.
Kini, beliau telah kembali sihat dan mengabadikan masanya dengan mengkaji punca bagi sesuatu masalah kesihatan dan berazam untuk membantu lebih ramai orang. Kebanyakan masalah kesihatan masih dapat diselamatkan dan simptom boleh menjadi ringan. Dengan penggunaan ramuan semulajadi yang berkualiti tinggi, sesetengah masalah kesihatan masih boleh diselamatkan dan simptom boleh menjadi ringan. Bahkan kesakitan juga dapat dikurangkan. Pelbagai kajian telah dilaksanakan demi menyiasat punca bagi sesuatu penyakit yang bertujuan untuk mencari penyelesaian alternatif dengan menggunakan bahan semulajadi.
Ia telah menjadi asas kepada penubuhan Lino Green Sdn Bhd. Misi kami adalah untuk membantu lebih ramai orang mengurangkan penderitaan yang dihadapi.
43A, Lorong Taman Ipoh 1
Taman Ipoh Selatan
31400 Ipoh, Perak, Malaysia
2022 Lino Green Sdn. Bhd. All Right Reserved.