LinoGreen
“Biarkan makanan menjadi ubat”
- Hippocrates
Lanjut Lagi
LinoGreen
“Biarkan makanan menjadi ubat”
- Hippocrates
Lanjut Lagi
LinoGreen
“Biarkan makanan menjadi ubat”
- Hippocrates
Lanjut Lagi

Tentang Kami

Penawar semulajadi adalah daripada makanan.

Dengan memahami punca sebenar penyakit pada tahap akar umbi dan menggunakan ramuan nutrisi semulajadi yang tepat, kami dapat membantu dalam menambahbaik keadaan kesihatan badan.

Kami mempunyai matlamat dalam memperjuangkan filosofi kami yang tersendiri iaitu membantu dalam memberikan kelegaan dan menawarkan solusi yang mungkin dapat menyelesaikan permasalahan yang dialami.

Demi merialisasikan matlamat ini, Lino Green Sdn Bhd ditubuhkan pada 2019 untuk menerokai potensi ramuan semulajadi sebagai solusi atau penyelesaian alternatif

Platform Kami

LinoGreen terdiri daripada kumpulan professional yang terdiri daripada pelbagai bidang kepakaran dan pengalaman terutamanya bidang kesihatan dan pemakanan. Kami bekerja bersama rakan kami sama ada dari peringkat tempatan mahupun antarabangsa dalam kajian dan pembangunan, pembekalan, pembuatan dan pengedaran.

Nilai Teras

  • Budaya dan filosofi yang mengutamakan kualiti dan pengurusan perniagaan yang beretika.
  • Budaya yang mempromosikan idea inovatif dan mengasah bakat.

Misi kami

Misi kami adalah untuk menghasilkan produk nutraseutikal and semulajadi yang berkualiti tinggi sejajar dengan pendekatan saintifik yang mampan.

Kerja kami melibatkan penyelidikan yang teliti dalam mengenalpasti punca sesuatu keadaan penyakit yang melibatkan kajian terhadap perlakuan sel, bahan aktif dan penghasilan formula untuk membantu keadaan tersebut.

Apa kami buat

Sejajar dengan fokus kami untuk membangunkan produk untuk keadaan yang khusus, pemilihan sebatian bio dan bahan aktif adalah amat dititikberatkan.

Kami mendapatkan bekalan sumber yang mampan khusus dari tempat asal bahan – bahan tersebut. Kami percaya bahawa setiap tanaman yang ditanam di kawasan asal tersebut mempunyai keistimewaan atau kelebihan yang tersendiri.

Persekitaran yang khusus seperti keadaan tanah, iklim dan faktor – faktor lain memainkan peranan penting dalam memastikan keseimbangan yang terbaik dari segi kandungan fitokimia.

Setiap produk yang dibangunkan oleh LinoGreen perlu melalui proses yang ketat dan terperinci. Ia bermula daripada proses pembekalan kepada pembuatan. Prosedur yang mematuhi standard piawaian yang ketat seperti suhu penyimpanan yang terkawal, kebersihan, ketepatan dan persekitaran amatlah dititikberatkan ketika proses pembuatan.

Kebaikan Alam

Kualiti • Organik • Semula Jadi • Herba • Keistimewaan