Choosing Healthy Fat

Sejak reputasi lemak tercemar, orang ramai mula elakkan pengambilan lemak dalam diet mereka. Walaupun kesedaran tentang produk rendah lemak semakin meningkat dan usaha yang berterusan, dunia masih lagi menjadi semakin gemuk; kira – kira satu pertiga populasi dunia mengalami masalah berat berlebihan atau obes. Tambahan pula, prevalen obesiti global meningkat dua kali ganda di lebih daripada 70 negara. Salah satu perkara yang sering diabaikan adalah mereka sering bertindak secara berlebihan terutamanya dengan mengecualikan terus semua sumber lemak dan bukannya memilih lemak yang sihat. Mengambil lemak sebenarnya boleh menyihatkan jantung sekiranya anda membuat pilihan yang tepat.

Berikut adalah beberapa tips untuk mengambil lemak secara sihat.

  1. Elakkan lemak trans

Makanan bergoreng kebiasaanya tinggi dengan lemak trans terutamanya yang dimasak menggunakan kaedah deep-fry. Selain itu, baca label makanan dengan teliti dan pilih makanan dengan label lemak trans sifar. Semasa membeli belah makanan keperluan anda, sentiasa beringat bahawa makanan berproses kebiasaanya mengandungi lemak trans yang agak tinggi.

  1. Dapatkan makanan tinggi PUFA terutamanya yang tinggi omega 3

Asid lemak tak tepu (PUFA) boleh didapati dengan banyak dalam minyak sayuran, kekacang dan biji. Minyak Sacha Inchi adalah antara minyak sayuran yang mempunyai peratusan tinggi omega 3. Pengambilan PUFA dikaitkan dengan penurunan kolesterol jahat dan peningkatan kolesterol baik.

  1. Kurangkan pengambilan daging berlemak dan beralih kepada daging tanpa lemak

Lemak haiwan secara umumnya tinggi dengan lemak tepu. Dengan memilih daging tanpa lemak, anda bukan sahaja dapat mengurangkan pengambilan kalori, bahkan dapat mengurangkan pengambilan lemak tepu. Selain kandungan proteinnya yang tinggi, ia juga merupakan sumber niacin, zat besi dan vitamin B12 yang baik.

  1. Go green

Buah – buahan dan sayur – sayuran kebiasaanya sangat rendah dengan lemak tepu (jahat) dan tinggi dengan lemak tak tepu (baik). Di samping itu, ia sangat tinggi dengan serat dan fitonutrien yang lain seperti vitamin dan mineral. Pengambilan hijau secara sihat dapat membantu melindungi dan mengurangkan risiko penyakit kronik

Membuat pilihan yang tepat adalah lebih baik daripada menyingkirkan terus lemak!

Rujukan

Collaborators, T. G. 2015 O. (2017). Health Effects of Overweight and Obesity in 195 Countries over 25 Years. Https://Doi.Org/10.1056/NEJMoa1614362, 377(1), 13–27. https://doi.org/10.1056/NEJMOA1614362