Gambaran keseluruhan
Sekiranya anda pernah terpotong jari atau terseliuh, anda pernah mengalami keradangan. Sains percaya bahawa keradangan adalah salah satu punca utama bagi penyakit kronik seperti diabetes dan aterosklerosis.
Apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan keradangan?
Keradangan adalah tindak balas semula jadi sistem imun yang bertujuan untuk melindungi tubuh badan daripada bahan asing. Ia berlaku sebagai tindak balas terhadap kecederaan atau jangkitan atau ketika situasi flight atau fright. Hasilnya, isyarat sel molekul akan dihasilkan untuk membantu komunikasi sel kepada sel agar proses penyembuhan dapat dimulakan. Proses ini adalah normal dan sangat penting supaya badan dapat berfungsi secara optimum. Keradangan akut pada kebiasaanya adalah parah tetapi proses yang singkat di mana gejala – gejalanya akan bertahan selama beberapa hari dan minggu.
Manakala, keradangan kronik pula berlaku secara perlahan dan boleh bertahan dalam jangka masa panjang sehingga berbulan – bulan dan bertahun – tahun.
Gejala keradangan
Gejala mungkin berbeza pada setiap individu dan tidak semua gejala muncul pada masa yang sama.
Gejala yang kebiasaannya memberi amaran tentang tanda – tanda keradangan:
Keradangan akut:
Haba
Bengkak
Kemerahan
Sakit
Kehilangan fungsi (misalnya; ketidakupayaan untuk menggerakkan sendi yang meradang)
Keradangan kronik:
Keletihan kronik
Insomnia
Masalah gastrointestinal (seperti cirit-birit dan sembelit)
Peningkatan atau penurunan berat badan yang tidak disengajakan
Jangkitan berulang
Kemurungan
Penyebab keradangan
Keradangan boleh berlaku disebabkan:
Keradangan akut:
Tindak balas alahan
Irritant kimia
Jangkitan
Kecederaan trauma
Melecur
Potong atau luka
Keradangan kronik:
Penyebab keradangan akut yang tidak dapat diselesaikan
Gangguan autoimun; keadaan di mana sistem imun badan secara salah memproses tisu yang sihat sebagai ancaman.
Pendedahan tahap irritant yang rendah tetapi dalam jangka masa panjang
Episod berulang keradangan akut
Pencetus keradangan dan biokimia yang meningkatkan penghasilan tekanan oksidatif dan molekul
Bagaimanakah cara untuk mengurangkan keradangan?
Berita baik adalah selain daripada ubat yang dipreskripsikan oleh doktor, kita boleh melawan keradangan secara semulajadi dengan mengubah gaya hidup kita.
Pemakanan yang sihat
Tingkatkan pengambilan makanan anti radang seperti kekacang, beri dan minyak sihat
Cuba kurangkan pengambilan gula dan makanan terproses
Perbanyakkan pengambilan sayur – sayuran dan buah – buahan. Antioksida yang terdapat dalam sayur – sayuran dan buah – buahan akan membantu untuk melawan spesis radikal bebas yang boleh mencetuskan keradangan.
Aktif secara fizikal
Menurut Dimitrov et al., (2017), 20 minit aktiviti fizikal dengan intensiti sederhana cukup untuk merangsang sistem imun untuk menghasilkan tindak balas anti-radang.
Ia juga membantu meningkatkan mood kita dan menghilangkan tekanan dengan meningkatkan rembesan endorfin (hormon gembira)
Mengawal stres anda
Stres yang berterusan dan berpanjangan boleh merangsangkan keradangan dalam badan kita. Belajarlah cara untuk mengawal dan mengurus stres agar dapat membantu dalam mengurangkan keradangan
Tidur yang cukup
Kurang tidur boleh menyebabkan anda lebih mudah untuk terkena jangkitan. Selain itu, ia juga akan menghasilkan stres yang boleh merangsang keradangan.
Rujukan
Dimitrov, S., Hulteng, E., & Hong, S. (2017). Inflammation and exercise: Inhibition of monocytic intracellular TNF production by acute exercise via β2-adrenergic activation. Brain, Behavior, and Immunity, 61, 60–68. https://doi.org/10.1016/J.BBI.2016.12.017
InformedHealth.org [Internet]. Cologne, Germany: Institute for Quality and Efficiency in Health Care (IQWiG); 2006-. What is an inflammation? 2010 Nov 23 [Updated 2018 Feb 22]. Available from: https://www.ncbi.nlm.nih.gov/books/NBK279298/
Noland, D. (2017). Inflammation and the Pathophysiology of Chronic Disease. In L. K. Mahan & J. L. Raymond (Eds.), Krause’s Food and Nutrition Care Process (pp. 30–31).
Roma, P., Amandeep, G., Pankaj, B., & Ishwarlal, J. (2021). Chronic Inflammation – StatPearls – NCBI Bookshelf. StatPearls Publishing. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/books/NBK493173/