
Softgel Sacha Inchi 530mg
RM170.00
Suplemen Kesihatan
LinoGreen® merupakan jenama suplemen Sacha Inchi pertama di Malaysia yang diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia di bawah kategori Suplemen Kesihatan.
Fakta Suplemen Minyak Sacha Inchi
- Asid Linolenik Alfa (Omega – 3) 228mg
- Asid Linoleik (Omega – 6) 170mg
- Asid Oleik (Omega – 9) 48mg
Kacang Sacha Inchi berasal dari Peru dan ditanam pada ketinggian antara 200 – 1500m di hutan hujan Amazon. Sejak ribuan tahun dahulu, ia telah menjadi sebahagian daripada makanan harian suku kaum Chancas Indian dan kelompok lain disebabkan oleh nilai pemakannya yang tinggi dan tidak ternilai.
Keadaan persekitaran memainkan peranan penting dalam penanaman buah Sacha Inchi. Oleh itu, hasil tanaman yang berkuali tinggi sangat bergantung kepada cuaca dan kesuburan tanah tersebut. Ia memerlukan suhu tanah yang rendah dan pH tanah yang hampir neutral. Sejajar dengan itu, kawasan hutan hujan Amazon adalah padat dengan Terra Pretta atau dikenali sebagai tanah hitam. Ia sangat kaya dengan nutrien dan dapat membantu dalam mengekalkan air dan nutrien.
Minyak LinoGreen Sacha Inchi diekstrak daripada kacangnya dengan menggunakan teknologi tekanan sejuk untuk memastikan kualiti minyak terpelihara. Tambahan pula, minyak Sacha Inchi dikapsulkan ke dalam softgel berasaskan tumbuhan yang dipatenkan bagi meningkatkan perlindungan daripada proses oksidasi.
Minyak LinoGreen Sacha Inchi sangat kaya dengan Omega 3, 6, 9 dan juga fitosterol. Ia mengandungi lebih daripada 90% asid lemak tak tepu; paling tinggi dalam kalangan minyak sayuran.
Siapa yang perlu mengambil Sacha Inchi Linogreen?
- Seseorang yang kekurangan dalam pengambilan Asid Lemak Omega daripada diet seharian
- Tekanan darah tinggi
- Kolesterol dan trigliserida yang tinggi
- Gula dalam darah yang tinggi
- Diet keto
Manfaat
- Menyokong fungsi endothelial yang sihat dengan membantu dalam mengurangkan risiko tekanan darah tinggi
- Kandungan asid lemak tak tepu yang tinggi berpotensi dalam membantu mengurangkan tahap trigliserida, VLDL dan meningkatkan kolesterol LDL
- Kandungan asid lemak tepu yang sangat rendah berpotensi dalam membantu membaik pulih sensitiviti insulin seterusnya mengurangkan risiko diabetes.
- Nisbah Omega 3 kepada 6 yang sihat membantu dalam meningkatkan sistem imuniti badan secara keseluruhan
- Kandungan Omega 3 yang sangat tinggi menjadikan minyak Sacha Inchi antara salah satu sumber alternatif Omega 3 berasaskan tumbuhan yang terbaik.
Langkah berjaga – jaga
- Ibu mengandung
- Tekanan darah rendah
- Mengambil ubat penipisan darah
Softgel Minyak Sacha Inchi LinoGreen® dihasilkan daripada Minyak Tekanan Sejuk.

Minyak Sacha Inchi kami adalah 100% diimport dari PERU
Softgel Minyak Sacha Inchi LinoGreen® adalah 100% berasaskan Tumbuhan dan suplemen mesra vegan
Nombor Pendaftaran: MAL20066019NC
Pemegang Pendaftaran:
Lino Green Sdn. Bhd.